RAKYAT Kelantan dikenal pasti memiliki kadar celik kewangan paling rendah di negara ini berdasarkan hasil kajian dilakukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kadar celik kewangan paling rendah itu dicatatkan di Kelantan diikuti penduduk Sabah dan Terengganu.
Memetik laporan Bernama, Pengarah KWSP Wilayah Timur, Rahmat Ali memaklumkan, kadar celik kewangan rakyat Kelantan hanya 15 peratus diikuti Sabah sebanyak 16 peratus manakala Terengganu mencatatkan 17 peratus.
Menurut beliau, jurang berkenaan jauh berbeza dengan kadar celik kewangan di Kuala Lumpur yang merekodkan 41 peratus.
Rahmat berkata, kajian yang dijalankan pada tahun 2022 itu mengambil kira beberapa faktor termasuk kurang pendedahan mengenai pengurusan kewangan dan simpanan.
“Mungkin mereka mempunyai simpanan sendiri tetapi tempat simpanan tidak produktif seperti di rumah atau di bank, yang tidak memberi pulangan tinggi.
Baca artikel lain: Pengeluaran KWSP: Akaun 1 bukan sumber penyelesaian jangka masa panjang
“Jika celik kewangan mereka lebih baik sepatutnya mereka tahu memilih instrumen simpanan yang memberikan pulangan lebih tinggi, contohnya KWSP,” katanya.
Mengulas lanjut, Rahmat berkata pihaknya kini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan bekerja sendiri yang tidak mempunyai caruman formal melalui potongan majikan.
“Antara kemudahan ditawarkan ialah i-Saraan dan i-Suri. Menerusi i-Saraan, kerajaan memberi insentif RM500 setahun selama 10 tahun jika pencarum menyimpan RM2,500 setahun.
“Caruman ini bukan sahaja membolehkan mereka menikmati insentif dan dividen tetapi juga pelbagai manfaat lain seperti pengeluaran untuk pembelian rumah, pendidikan, serta perlindungan jika berlaku hilang upaya atau kematian,” katanya.
Rahmat berkata setakat ini, KWSP merekodkan 18,385 pencarum i-Saraan manakala 431 individu mendaftar di bawah i-Suri dan menyeru lebih ramai masyarakat mengambil peluang tersebut sebagai pelaburan masa depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

