PM umum kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak akan ditambah

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak akan ditambah.

Katanya, perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bahawa kedua-dua negeri memohon pertimbangan supaya bilangan kerusi Parlimen ditambah.

“Buat kali pertama sejak 1963, Anwar yang sekarang menjadi Perdana Menteri mengumumkan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak akan ditambah,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah harus bubar selewat-lewatnya 11 November depan.

Beliau sekali gus mengingatkan semua pihak agar kekal bersatu padu dan mengelak sebarang permusuhan yang boleh menggugat perpaduan.

Baca artikel lain: Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Tropika Opong di Filipina

“Kita pilih orang Sabah yang baik, kita pilih orang Semenanjung yang baik. Kita pakat kerajaan negeri, Persekutuan yang baik untuk jaga kita, ini yang penting,” katanya lagi.

Beliau turut menekankan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) itu penting bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang akan mewakili suara mereka.

Sementara itu, Anwar sekali lagi mengulangi bahawa Sabah menerima peruntukan pembangunan yang tertinggi dalam sejarah, bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan, dengan pelbagai bantuan berdasarkan keperluan negeri.

“Tadi, saya di Kota Kinabalu juga sempat melihat kesan banjir, bangunan sekolah, bantu soal tebatan banjir. Saya tengok keperluan tebatan banjir perlu RM39 juta. Hari Isnin ini, saya (hadir) mesyuarat, saya akan luluskan RM39 juta, itu cara kita,” katanya.

Dalam Belanjawan 2025, Sabah menerima peruntukan pembangunan yang tinggi berjumlah RM6.7 bilion sebagai tanda komitmen kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This