23 aktivis Malaysia dijangka dibawa pulang melalui Turkiye dalam tempoh 48 jam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KESEMUA 23 aktivis Malaysia iaitu peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang telah ditahan rejim zionis Israel dijangka dibawa keluar dari Ashdod dalam tempoh 48 jam.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan, aktivis Malaysia itu dijangka diterbangkan sama ada melalui Ankara atau Istanbul di Turkiye.

Menurut Sani, wakil perunding pihak Malaysia yang berada di Ashdod iaitu Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) juga telah berhubung dengan kesemua delegasi Malaysia.

Katanya, seluruh delegasi Malaysia dimaklumkan berada dalam keadaan selamat dan sihat.

“Insya-Allah, dijangkakan dengan usaha telah dimainkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penaung Sumud Nusantara dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, SNCC menjangkakan fasa untuk menerbangkan mereka dari Ashdod akan berlaku dalam tempoh 48 jam lagi.

“Beliau selaku penaung bukan sahaja beri komitmen maksimum tapi beliau memaklumkan bahawa usaha itu sedang berjalan dan menelefon sendiri pihak Erdogan, Emir Qatar dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS).

Baca artikel lain: Global Sumud Flotilla: Israel sekat misi kemanusiaan, Doktor Malaysia kecam tindakan

“Saya kira sikit masa lagi kita akan dapat dapat jemput mereka bawa pulang berkemungkinan dari Ankara atau Istanbul, Turkiye (sebelum diterbangkan ke tanah air),” katanya.

Dalam pada itu, Sani mengesahkan satu-satunya kapal dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF), Marinette yang masih berlayar menuju ke perairan Gaza sudah dipintas tentera Israel, jam 3.30 petang tadi, waktu tempatan.

Katanya, tiada rakyat Malaysia yang terbabit diatas kapal berkenaan.

“Tiada rakyat Malaysia di atas kapal (Marinette). Mereka yang terbabit terdiri daripada tiga rakyat Turkiye dan masing-masing satu rakyat dari Oman, Jerman dan Australia,” katanya.

Katanya, kapal peninjau (observer) Shireen juga selamat berlabuh di pelabuhan Paphos, Cyprus pada jam 3.40 petang waktu Malaysia.

“Kapal (Shireen) ini menyediakan khidmat guaman dan perubatan kepada seluruh peserta flotilla sepanjang pelayaran.

“Kapal ini juga diberi peranan untuk mengikuti dari awal flotilla sehingga saat akhir, namun kapal observer akan meneruskan perjalanan mereka dan tamat di Cyprus,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pengasuh didakwa bunuh bayi perempuan berusia hampir dua tahun

SEORANG pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11...

More Articles Like This