‘Charge The Hype’: MATEC 2025 Hidupkan Revolusi Teknologi Automotif, Sasar Transaksi RM50 Juta

Dari Penulis

PENGANJURAN MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2025 oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi dijangka menjadi tumpuan utama pemain industri dan peminat automotif tanah air apabila kembali untuk edisi keduanya pada 31 Oktober hingga 2 November ini di Perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Wira Asyraf Wajdi Dusuki, berkata penganjuran MATEC 2025 membuktikan komitmen berterusan MARA dalam memperkukuh keupayaan usahawan bumiputera untuk menerajui industri automotif tempatan dan antarabangsa.

“MATEC menjadi platform strategik untuk membuka peluang di sepanjang rantaian nilai industri automotif daripada penerokaan teknologi baharu, pematuhan piawaian inbdustri, hingga pembinaan jaringan kerjasama perniagaan yang mampan,” katanya.

Berbekalkan tema “Charge The Hype”, MATEC 2025 akan menampilkan kombinasi elemen teknologi automotif terkini, gaya hidup permotoran, modifikasi kreatif dan penglibatan Gen-Z, menjadikan acara ini medan ‘mengecas semula’ budaya automotif negara dengan semangat baharu.

Edisi kali ini bakal menampilkan empat komponen utama iaitu Pameran (B2C), Business Matching (B2B), Diagnose Hub, dan Experiential Wheel, dengan penyertaan 180 reruai pameran merangkumi pengeluar kenderaan (OEM), vendor alat ganti, aksesori, program khas automotif MARA serta rakan strategik industri.

Segmen Experiential Wheel dijangka menjadi tarikan utama apabila pengunjung berpeluang memandu uji pelbagai model kereta dan motosikal elektrik, selain menikmati promosi, diskaun servis, aksesori dan barangan automotif.

MATEC 2025 turut menyajikan pelbagai aktiviti interaktif seperti “EV Smart Quiz”, “Push Bike Challenge”, dan “Wheel of Fortune”, dengan hadiah utama berupa motosikal dan barangan eksklusif MATEC.

MATEC 2024 sebelum ini mencatat kejayaan luar biasa dengan transaksi jualan RM16.6 juta, 330 sesi padanan perniagaan, dan menarik 26,550 pengunjung.

Berdasarkan pencapaian itu, Dr. Asyraf optimis MATEC 2025 mampu mencapai nilai transaksi melebihi RM50 juta, disokong dengan penambahan lebih 70 reruai baharu serta sasaran 50,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

Sehingga kini, lebih 5,000 usahawan automotif bumiputera telah dilahirkan di bawah pelbagai inisiatif MARA merangkumi latihan, pembiayaan, fasiliti perniagaan dan bimbingan strategik.

MARA turut memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri High Growth High Value (HGHV) dengan membangunkan usahawan dalam sektor kenderaan elektrik (EV) seperti GGR Motor, selain melatih tenaga kerja mahir melalui institusi TVET MARA bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri.

“MATEC bukan sekadar pameran automotif, tetapi platform menyeluruh untuk memperkasa ekosistem industri bumiputera, menyokong inisiatif kelestarian, dan memupuk pembangunan bakat muda,” ujar Dr. Asyraf.

Dengan penglibatan strategik pelbagai pihak termasuk PETRONAS, EON, Daihatsu, Little Joe, Bateriku, CelcomDigi, Mannol, PMH, PUNB, MARii dan SME Corp, MATEC 2025 diyakini bakal menjadi pameran automotif paling berimpak tinggi tahun ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

JustMarkets perkukuh kedudukan global, senaraikan saham SpaceX di platform dagang

SEJAJAR dengan perkembangan pesat dan revolusi ekonomi angkasa lepas, firma pembrokeran antarabangsa terkemuka, JustMarkets, melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan...

More Articles Like This