BELANJAWAN 2026 menyaksikan bantuan hampir RM1.4 bilion akan disalurkan untuk orang kurang upaya (OKU) kronik terlantar, OKU tiada upaya bekerja dan Elaun Pekerja OKU.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata, Kerajaan MADANI telah Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) di Semenanjung pada tahun ini.
Katanya, operasi PPA akan diperluas ke Labuan, Sabah dan Sarawak untuk manfaat 13,000 OKU autisme dan keluarga mendapatkan sokongan bersepadu.
Menurutnya, prasarana komited menyediakan 100 buah van mobiliti khas untuk memudahkan pergerakan golongan OKU.
Anwar berkata, van tersebut berupaya membawa sehingga tiga penumpang berkerusi roda dan dilengkapi dengan sistem pengangkat kerusi roda.
“Golongan OKU adalah sebahagian daripada kita—yang punya keistimewaan, ketabahan dan bakat tersendiri.
“Kerajaan bercadang pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan pemeriksaan dan pengesanan, program intervensi awal serta rawatan pemulihan berterusan bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun ke bawah dinaikkan kepada RM10,000 ketimbang RM6,000,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

