BAYARAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 yang dijadualkan untuk bulan November akan diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, penyaluran berjumlah RM2 bilion itu diawalkan sempena perayaan Deepavali tidak lama lagi.
Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena Deepavali.
Baca artikel lain: Belanjawan 2026: RM3.3 bilion diperuntuk untuk projek prasarana asas desa
“Tahun ini, kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaat hampir 9 juta penerima.
“Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 telah dibuat, bernilai RM6 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

