Asyraf Wajdi calon kerusi Gerik untuk PRU-16

Dari Penulis

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Salbiah Mohamed pula akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi sama.

“Meskipun terdapat beberapa tokoh tempatan yang layak untuk diketengahkan, namun sekiranya Asyraf Wajdi memenangi kerusi Parlimen dan dilantik sebagai menteri, beliau akan memastikan peluang pekerjaan di kementerian diberikan kepada penduduk Gerik.

“Saya berjanji akan membantu setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Gerik dalam pelbagai aspek sebagai tanda sokongan berterusan kepada rakyat setempat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Pemukiman Kepimpinan UMNO Bahagian Gerik di di Pusat ILMU Janda Baik di Pahang yang berlangsung selama tiga hari.

Baca artikel lain: JIM mohon bantuan cari individu untuk kes pendakwaan

Mengulas mengenai Salbiah, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata ADUN Temenggor itu akan terus kekal berkhidmat di kawasan sedia ada.

“Calon untuk satu lagi kerusi DUN masih dalam pemilihan,” katanya.

Sementara itu, Asyraf Wajdi ketika diminta mengulas pencalonannya itu, mengakui akur dengan apa jua keputusan kepemimpinan tertinggi parti.

“Saya ini orang parti dan akan patuh sahaja arahan kepimpinan parti untuk saya bertanding di mana sahaja. Akhirnya niat saya hanyalah untuk membantu rakyat di mana sahaja kawasan yang parti amanahkan untuk saya menabur budi.

“Sejak tiga tahun saya diamanahkan menjadi Majlis Kerja Tertinggi UMNO Angkat kepada Parlimen Gerik, saya sentiasa turun padang membantu rakyat mengikut kemampuan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This