Calon SPM ditemui maut tergantung dalam bilik di Kuala Klawang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pelajar perempuan yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemukan maut tergantung dalam bilik di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu, malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan, remaja berusia 17 tahun itu telah dijumpai dalam keadaan tergantung di dinding dalam bilik pertama rumah teres setingkat milik keluarganya.

Menurut Alzafny, mangsa ditemukan dengan keadaan pintu bilik terkunci daripada dalam.

Beliau berkata, Kaunter Aduan Balai Polis Kuala Klawang telah menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Jelebu kira-kira pukul 11.50 malam Sabtu lalu berhubung kejadian tersebut.

“Dimaklumkan, terdapat seorang remaja perempuan warga tempatan ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah di Kuala Klawang.

Baca artikel lain: Suami isteri pengusaha Warung Aziz Satar maut kemalangan di LPT 1

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah.

“Selain itu, tiada sebarang kesan geledah atau barang-barang peribadi milik mangsa didapati hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Alzafny berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mendatangkan mudarat awam serta sensitiviti kepada keluarga mangsa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This