KEJADIAN pelajar perempuan Tingkata Empat yang maut ditikam seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Bandara Utama, Petaling Jaya, berlaku di luar kelas.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 9.30 pagi itu berlaku dalam kawasan sekolah tersebut.
Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Beliau turut menyifatkan kejadian itu sangat menyedihkan dan menuntut siasatan segera.
“Kejadian membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang meninggal dunia, dan setakat ini kita tidak dapat memastikan motif sebenar kejadian ini.
“Tangkapan sudah dibuat dan insya-Allah Ketua Polis Selangor akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kempen Anti Buli di sini, hari ini.
Mohd Khalid turut mengesahkan suspek berusia 14 tahun tidak boleh didedahkan identitinya kerana masih di bawah umur.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

