Polis buru ‘pakcik’ tampar, tumbuk pelanggan ketika beratur beli sarapan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden menyerang seorang pelanggan di sebuah restoran di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 9.20 pagi pada Jumaat.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa ketika itu sedang menunggu giliran untuk membeli sarapan sebelum dihampiri seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Suspek dipercayai berusia antara 50 hingga 60 tahun dan memakai pelitup muka serta kopiah semasa kejadian berlaku.

“Lelaki itu dipercayai bertindak agresif dengan menumbuk bahagian dagu kiri mangsa, selain menolak dan menampar pipi kiri mangsa sebelum memaki hamun menggunakan kata-kata kesat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta mengesan individu yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Fariz Rizal di talian 011-15254018 atau menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

Kes berkenaan kini dalam siasatan dan polis tidak menolak kemungkinan beberapa saksi akan dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This