KONFLIK pertikaian sempadan di antara Thailand dan Kemboja semakin hampir untuk dimuktamadkan dengan kedua-dua buah negara kini berada di fasa akhir perincian syarat-syarat sebelum dimeteraikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya semua berjalan lancar, sesi pemeteraian bakal disaksikan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
“Seperti mana sedia maklum, bukan sahaja perjumpaan yang saya pengerusikan sekali tetapi sudah berulang kali pertemuan diadakan di Malaysia di antara ketua-ketua pasukan bersenjata Thailand dan Kemboja di Kuala Lumpur.
“(Begitu juga) Menteri Luar dan baru-baru ini Menteri Pertahanan Kemboja dan Thailand untuk memeterai syarat-syarat terperinci.
“Sekiranya disepakati dalam satu dua hari ini, tandatangan ini akan disaksikan oleh saya dan Presiden Trump yang juga mendukung penyelesaian ini,” katanya.
Baca artikel lain: Jawatankuasa Khas Penstrukturan Persekolahan kaji cadangan wajib prasekolah usia 5 tahun
Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.
Julai lalu, Thailand dan Kemboja mencapai persefahaman untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat bagi menghentikan ketegangan di sempadan kedua-dua negara.
Kejayaan itu disaksikan sendiri oleh Anwar selaku hos dan saksi selepas mengadakan Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.
Mesyuarat khas itu dihadiri Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

