Malaysia, Afrika Selatan zahir sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Afrika Selatan akan sekali lagi menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Komitmen itu akan dinyatakan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima lawatan rasmi Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, hari ini.

Lawatan rasmi itu juga menjadi pembuka tirai kepada rangkaian Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang-Sidang Berkaitan.

Selain kehadiran Ramaphosa, Perdana Menteri juga akan menerima lawatan rasmi Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada sebelah pagi ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, lawatan rasmi Ramaphosa itu menandakan kesinambungan hubungan erat dan bersejarah antara Malaysia dengan Afrika Selatan.

Katanya, hubungan tersebut berasaskan nilai keadilan, solidariti dan pembangunan bersama.

Menurut Tunku Nashrul, lawatan rasmi itu adalah yang pertama Ramaphosa ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden pada tahun 2018.

Pada masa sama, kata beliau, Malaysia juga menyatakan penghargaan setingginya terhadap kepimpinan Afrika Selatan dalam membawa isu kemanusiaan melibatkan Palestin itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Baca artikel lain: Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 simbol peranan aktif, kepimpinan Malaysia – PMO

“Lawatan ini menjadi simbol komitmen untuk memperjuangkan keamanan sejagat berteraskan prinsip keadilan, kemanusiaan dan perpaduan global.

“Lawatan Ramaphosa itu juga memperkukuhkan hubungan dua hala yang terus berkembang pesat sejak era diplomatik baharu antara kedua-dua negara pada awal 1990-an,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim, hari ini.

Mengulas lanjut, Tunku Nashrul berkata, hubungan Malaysia dan Afrika Selatan juga akan diperkukuh melalui lawatan Perdana Menteri ke negara itu bulan hadapan.

Katanya, lawatan bersempena Sidang Kemuncak G20 di Johannesburg itu menandakan komitmen Malaysia untuk memperluas kerjasama dengan rakan-rakan strategik Malaysia di benua Afrika serta memperkukuh jaringan Selatan-Selatan.

“Dalam pertemuan hari ini juga, kedua-dua pemimpin dijangka menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, industri halal, pertahanan, serta sains dan inovasi termasuk bidang bioteknologi, digitalisasi dan pembangunan kemahiran.

“Malaysia juga turut mengiktiraf Afrika Selatan sebagai rakan dagang terbesar di benua Afrika dan berhasrat memperluas pasaran eksport minyak sawit serta memperkukuh penyertaan sektor swasta dalam bidang tenaga, pertanian dan pembuatan bernilai tinggi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This