Menu Roti Bakar Telur Keju, Sarapan Seimbang Yang Mengenyangkan

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Gabungan hidangan antara karbohidrat dan protein sesuai untuk sarapan pagi, memberi tenaga untuk kekal kenyang lebih lama. Hidangan ini sangat mudah disediakan untuk bekalan ke pejabat. Keju mengandungi kalsium sesuai untuk pertumbuhan gigi yang sihat.

Menu ringkas ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Untuk lebih sedap, boleh juga dihidangkan bersama salad, hirisan tomato dan timun.

ROTI BAKAR TELUR KEJU

BAHAN:
4 keping roti wholemeal
2 biji telur
½ cawan susu segar
1 sudu kecil madu
2 keping keju cheddar
Secubit garam
Sedikit mentega untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul telur sehingga kembang bersama susu, madu dan garam.
  2. Susunkan keju di tengah-tengah dua keping roti dan celup bersama adunan telur sehingga menyerap ke seluruh bahagian.
  3. Kemudian goreng dengan sedikit mentega sehingga garing keemasan

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This