PELANTIKAN bekas tentera sebagai warden Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dilihat telah memberi impak yang positif kepada para pelajar.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara impak yang nyata ialah tahap disiplin pelajar yang semakin meningkat.
Katanya, para pelajar juga dilihat lebih ceria selain para guru memberi maklum balas yang positif kerana bebanan mereka dapat dikurangkan.
“Ketua Badan Wakil Pelajar MRSM Balik Pulau, Ilham memberitahu saya sejak warden bekas tentera ini ada, pelajar-pelajar bangun Subuh berjemaah tepat pada masanya di surau, tiada lagi yang berani bangun lambat.
“Saya ambil peluang berada di Pulau Pinang untuk #terjah MRSM Balik Pulau bagi melihat sendiri perkembangan Projek Rintis Warden Sepenuh Masa di kalangan Bekas Tentera yang sudah masuk bulan ke-3.
“Umumnya, pelajar-pelajar nampak ceria dan lebih berdisiplin semenjak Warden Bekas Tentera dilantik. Guru-guru juga memberikan maklumbalas yang amat positif kerana bebanan mereka dapat dikurangkan,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, guru-guru yang bertugas sebagai warden tidak akan mampu membuat rondaan berterusan untuk memantau pelajar setiap malam selepas pukul 12 malam kerana keesokannya mereka juga perlu bermula seawal 7 pagi untuk mengajar.
Katanya, dengan adanya warden sepenuh masa yang meronda secara berterusan bermula 10 malam hingga 7 pagi, tiada lagi yang berani melakukan apa-apa aktiviti yang menyalahi peraturan termasuk buli.
“Insya-Allah selepas tamat enam bulan tempoh percubaan atau projek rintis ini, pihak penyelidik Universiti Putra Malaysia akan membuat laporan kajian keberkesanan untuk dibentangkan kepada MARA.
“Jika positif, MARA tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia sebagai langkah penting untuk mensifarkan buli dan memastikan disiplin, sahsiah dan akhlak pelajar pada tahap tertinggi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

