Kanak-kanak mungkin dikelar abang akibat dipengaruhi permainan Roblox

Dari Penulis

KANAK-KANAK berusia enam tahun berkemungkinan dikelar abangnya sendiri akibat terpengaruh dengan permainan dalam talian yang popular, Roblox.

Perkara itu tidak ditolak sepenuhnya Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Ab Rahaman, dalam kejadian yang berlaku di Batu Pahat, kelmarin, mangsa telah ditemui dengan kesan luka tikaman pada badan manakala ibu bapanya telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati kecederaan dialami mangsa berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun.

“Motif kejadian masih dalam siasatan, namun ada berkemungkinan ia mempunyai kaitan yang mana abang mangsa memiliki satu aplikasi permainan dalam telefon pintarnya, iaitu Roblox,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rahaman memaklumkan, siasatan awal mendapati abang mangsa telah bermain Roblox secara berlebihan dan berjaya mengumpul kira-kira satu juta mata dalam permainan tersebut.

Namun begitu, katanya, mangsa dipercayai telah merosakkan telefon abangnya sehingga mata yang dikumpulkan dalam permainan itu hilang.

Akibat bermain permainan itu secara berlebihan, beliau berkata, abang mangsa dipercayai mengalami halusinasi pada waktu malam dan seolah-olah disuruh mencederakan ahli keluarganya.

Baca artikel lain: Kanak-kanak dikelar: Maklumat bercanggah, ibu bapa direman dua hari 

“Abang mangsa dipercayai mengambil sebilah pisau yang ada dalam rumah itu dan mencederakan adiknya sendiri.

“Namun apa-apa pun, polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rahaman berkata, mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Batu Pahat berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan masih pada peringkat awal, dan kami belum dapat merakamkan kenyataan mangsa kerana dia masih belum pulih sepenuhnya.

“Mangsa dan abangnya kini berada bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mereka di bawah umur.

“Polis telah merujuk kertas siasatan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi Isnin lalu, mangsa ditemui dalam keadaan parah selepas leher sebelah kanan dikelar dipercayai dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, dilaporkan berkata siasatan dijalankan sebaik saja pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 41 tahun pada pagi hari kejadian.

Shahrulanuar Mushaddat dipetik berkata, wanita itu mendakwa tersedar daripada tidur dan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di leher lalu dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This