Suspek kelar wanita warga asing di Nilai, ditahan di Puchong

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki disyaki mengelar leher seorang wanita warga asing sehingga maut di asrama pekerja di Nilai, malam Isnin lalu berjaya ditahan di Puchong, Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya memaklumkan, suspek warga Myanmar itu telah ditahan di tepi jalan dekat Saujana Puchong, pada pukul 12.55 tengah malam tadi.

Menurut Johari, punca kejadian itu dipercayai disebabkan masalah hutang di mana suspek dikatakan berhubung sebanyak RM10,000 dengan mangsa.

Beliau berkata, polis turut dibawa ke lokasi suspek membuang senjata yang disyaki digunakan ketika kejadian termasuk barang milik mangsa.

Katanya, berdasarkan soal siasat awal, suspek berusia 42 tahun mengaku telah mengelar mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

“Motif kejadian dipercayai disebabkan suspek berhutang sebanyak RM10,000 daripada mangsa sebelum wanita itu dikatakan mengugut suspek supaya membayar hutang.

“Mangsa dikatakan menggugut akan menyebarkan gambar suspek dan teman wanitanya di Facebook sekiranya lelaki itu tidak membayar hutang RM5,500 pada hari kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, tangkapan ke atas suspek telah dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai.

Jelas beliau, pihak polis turut merampas sehelai baju dan selipar, dua telefon bimbit iaitu masing-masing milik mangsa dan suspek serta sebilah pisau boleh laras yang disyaki digunakan sebagai senjata.

Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek dengan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, UtusanTV melaporkan seorang wanita warga asing ditemukan maut akibat bahagian lehernya dikelar dalam kejadian di sebuah asrama pekerja asing di Nilai, Isnin lalu.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu telah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangga tingkat empat asrama pekerja itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This