Keena Mentor, Kristal & Arca Band hangatkan pentas GF GALAU Food Festival 2025!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAGI yang mencari port lepak hujung tahun dengan makanan sedap, muzik hebat dan suasana penuh warna, bersiap sedia untuk GF GALAU Food Festival 2025, festival makanan dan hiburan terbesar yang bakal menggamatkan Lembah Klang!

Buat julung kalinya dianjurkan oleh Gold Field Holding Sdn. Bhd, festival lima hari ini bakal berlangsung dari 27 hingga 31 Disember 2025 di Setia Alam Convention Centre, Selangor menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

GFF bukan sekadar pesta makanan, tetapi medan yang menyatukan cita rasa, gaya hidup dan hiburan dalam satu lokasi.

Pengunjung bakal menikmati pelbagai sajian tempatan dan antarabangsa, aktiviti keluarga serta persembahan artis terkenal setiap malam menjelang sambutan tahun baharu.

Menurut Pengurus Acara Gold Field Holding Sdn. Bhd, Azlisham Yusof, penganjuran festival ini bertujuan merancakkan industri makanan tempatan serta memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana mempromosikan produk mereka kepada khalayak lebih luas.

“Kami mahu jadikan GF GALAU Food Festival platform santai untuk semua golongan datang bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Nikmati makanan, muzik dan hiburan secara berhemah dan selamat menjelang tahun baharu,” katanya.

Antara pengisian utama sepanjang lima hari festival:

  • Gerai makanan dan minuman tempatan dan antarabangsa
  • Booth jualan produk gaya hidup
  • Persembahan pentas dan hiburan keluarga
  • Pertunjukan bunga api malam tahun baharu

Tak cukup dengan itu, malam-malam di GFF akan dihangatkan dengan persembahan artis terkenal seperti Kristal, Ways, Exceed, Keena Mentor dan Arca Band.

Selain menikmati konsert dan makanan lazat, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah eksklusif dengan pelbagai hadiah termasuk:

  • 2 unit Scooter EV Bike
  • 1 unit Sony PlayStation 5 (PS5)
  • 1 unit penghawa dingin
  • 1 unit televisyen 50 inci
  • Beberapa hamper eksklusif bernilai tinggi

Festival yang dijangka menarik 30,000 hingga 40,000 pengunjung itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari, manakala malam penutup pada 31 Disember bakal menjadi kemuncak sambutan tahun baharu di Lembah Klang.

Dengan gabungan makanan, hiburan dan suasana penuh energi, GF GALAU Food Festival 2025 dijangka menjadi antara acara paling ditunggu-tunggu penghujung tahun ini.

Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk meraikan detik tahun baharu 2026 dengan cara paling meriah di Setia Alam Convention Centre!

Sesiapa yang berminat untuk membuka booth atau jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi Sha di talian 0183256339.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This