Lelaki maut ditetak adik ipar hingga putus kepala di Jerlun

Dari Penulis

PERGADUHAN membawa tragedi apabila seorang lelaki maut selepas dipercayai ditetak adik iparnya sehingga kepala terputus dalam kejadian di Kampung Pida 3, Jerlun, malam tadi.

Memetik laporan Bernama, mangsa yang berusia 45 tahun ditemukan maut di dalam kawasan sawah dipercayai ditetak adik iparnya yang berusia 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada pukul 7.05 malam.

Katanya, orang awam melaporkan bahawa tercetus insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki tersebut.

Setibanya di tempat kejadian, Mohd Radzi memberitahu, suspek pada ketika itu masih memegang parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

“Suspek kemudiannya cuba menyerang polis tetapi selepas dipujuk selama 15 minit, suspek akhirnya menyerah diri.

Baca artikel lain: 41 kes kemalangan maut bawah pengaruh alkohol sejak 2022

“Polis telah merampas parang berukuran 30 sentimeter itu. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemukan satu mayat dalam keadaan terlentang di dalam kawasan sawah padi,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, selain putus leher, mangsa yang juga seorang petani turut mengalami kesan kecederaan tetakan pada bahagian lain badan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat manakala kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Radzi menjelaskan, pihaknya akan memohon reman untuk suspek, hari ini.

“Jarak rumah suspek dengan tempat kejadian kira-kira 30 meter sementara rumah mangsa terletak di belakang rumah suspek.

“Kedua-dua mangsa dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This