Operasi penguatkuasaan JIM tangkap 43,291 PATI dan 1,833 majikan setakat 31 Oktober

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI 43,291 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 1,833 majikan telah ditangkap oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi penguatkuasaan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober tahun ini.

JIM dalam kenyataan memberitahu, dalam tempoh tersebut, agensi itu telah melaksanakan 11,917 operasi penguatkuasaan dan memeriksa 202,302 individu.

“Bagi statistik operasi penguatkuasaan sepanjang Oktober tahun ini, sebanyak 1,222 operasi telah dilaksanakan dan seramai 25,937 individu diperiksa.

“Dalam bulan Oktober juga, seramai 4,239 PATI dan 244 orang majikan telah ditahan,” jelas kenyataan itu.

JIM menambah, agensi itu komited dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras kegiatan PATI di seluruh negara.

Tambah kenyataan tersebut, JIM akan terus komited untuk memperkukuh operasi penguatkuasaan bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This