22 PATI ditahan JIM Johor gempur kedai tomyam

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Selera dan Ops Sapu yang mensasarkan premis perniagaan dan premis kediaman di Johor Bahru, 17 April lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, Ops Selera dan Ops Sapu yang bermula pada jam 10 malam itu melibatkan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Negeri Johor.

Katanya, bertindak atas maklumat awam dan risikan, operasi yang dijalankan ke atas premis perniagaan dan premis kediaman telah berjaya menahan kehadiran PATI yang mensasarkan sektor perniagaan seperti premis menjual makanan masakan tomyam yang dikenal pasti menggaji atau menjadi tempat berkumpul warga asing tanpa dokumen sah.

“Pemeriksaan awal mendapati, seramai 22 orang warga asing di tahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki warga Thailand, lima lelaki warga Indonesia, empat perempuan warga Indonesia dan tiga perempuan warga Myanmar dipercayai bekerja dan merupakan pelanggan serta tinggal di premis berusia dalam lingkungan 18 tahun hingga 52 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, mereka ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Mohd Rusdi berkata, sebanyak empat keping borang 29 iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan.

“Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat dan bersama-sama mengambil berat terhadap isu warga asing.

“Jabatan ini juga mengalu-alukan sebarang maklumat berkait kesalahan melindungi PATI serta pemerdagangan orang dan penyeludupan migran ke negara ini,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This