Ekonomi halal global dijangka meningkat USD10.5 trilion menjelang 2030 – Ahmad Zahid

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

EKONOMI halal global dijangka meningkat kepada USD10.5 trilion menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, penganjuran Malaysia International Halal Showcase (MIHAS@Shanghai 2025) bersempena China International Import Expo (CIIE) di NECC, Shanghai membuktikan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan ekonomi halal global.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ekonomi halal global ketika ini dianggarkan bernilai USD2.3 trilion.

“Saya menghargai kerjasama erat antara MARA dan MATRADE melalui perjanjian persefahaman (MoU) strategik merangkumi pengantarabangsaan produk Bumiputera, inovasi halal dan promosi digital.

“Menerusi KKDW, saya berasa bangga dengan penyertaan 16 usahawan desa di bawah program Gate to Global (GTG) MARA serta agensi wilayah seperti RISDA, FELCRA, KEJORA dan KEDA dengan nilai penyertaan RM600,000 dan potensi jualan RM150 juta.

“Antara kejayaan utama ialah tiga MoU bernilai lebih RM25 juta bersama pengedar dari China,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, langkah itu bukan sahaja memperkukuh jenama halal Malaysia di pentas antarabangsa, tetapi turut membuka ruang baharu kepada usahawan desa untuk menembusi pasaran global, selaras dengan visi Kerajaan MADANI dan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

Beliau juga yakin Malaysia akan terus menerajui agenda halal global, bukan sekadar sebagai pengeluar, tetapi sebagai penentu standard dan inspirasi ekonomi berprinsip di peringkat dunia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This