Taklimat Jemaah Menteri esok dijangka bincang rombakan Kabinet

Dari Penulis

TAKLIMAT bersama Jemaah Menteri yang dijadual diadakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok dijangka membincangkan tentang rombakan Kabinet.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu seperti dilapor Bernama.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) memaklumkan, Perdana Menteri dijangka memberi penerangan berhubung peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, Sabtu lalu.

“Saya dengar melalui berita (peletakan jawatan Ewon), tetapi Selasa ini ada mesyuarat Kabinet dan kita akan dengar penerangan daripada Perdana Menteri.

‎‎”Kita juga akan bincang pada Selasa nanti (rombakan Kabinet), jadi saya tak mahu komen apa-apa lagi mengenai hal itu,” katanya.

Sabtu lalu, Ewon mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Baca artikel lain: ‘I will..,” kata Anwar isu peletakan jawatan Ewon Benedick

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu dalam hantaran di Facebook memaklumkan, beliau akan mengutuskan surat kepada Perdana Menteri berhubung peletakan jawatannya itu.

“Dengan ini, saya akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai anggota Kabinet Persekutuan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas ruang kebersamaan dalam Kabinet Persekutuan yang mana telah menjadi ruang untuk saya perjuangkan prinsip berkaitan dengan hak-hak Sabah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ewon bersedia meletakkan jawatan dalam Kabinet jika Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengiktiraf hak Perlembagaan Sabah berhubung 40 peratus hasil Persekutuan.

Mengulas mengenai peletakan jawatannya, Ewon berkata, sangat janggal untuk meneruskan keanggotaan dalam Kabinet Persekutuan berdasarkan pendirian dan pandangan dinyatakan AGC seperti mana dinyatakan dalam penghakiman bertulis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This