SEORANG lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori lembam rentung selepas rumah keluarganya musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, malam tadi.
Memetik laporan Bernama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Khairul Yahaya memaklumkan, rumah keluarga mangsa OKU itu yang merupakan struktur separuh kekal terbakar, malam tadi.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia 25 tahun itu pada pukul 10.57 malam.
Katanya, hanya mangsa dan bapanya yang berusia 59 tahun berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.
Baca artikel lain: Wanita maut, dua lagi cedera Perodua Bezza terbalik di Lebuhraya KL-Karak
“Berdasarkan maklumat, bapa mangsa ketika itu sedang tidur sebelum terjaga akibat terdengar beberapa letupan kecil dan melihat api bermula dari bilik mangsa.
“Bapa mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika api semakin marak tetapi turut mengalami kecederaan ringan apabila melecur di bahagian kepala,” katanya.
Mengulas lanjut, Muhamad Khairul memberitahu, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

