Hak tuntutan 40 peratus Sabah: Rundingan pertama berlangsung Isnin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RUNDINGAN pertama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah berhubung isu hak tuntutan 40 peratus hasil bersih diperoleh dari Sabah akan berlangsung Isnin ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan, rundingan pertama itu telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Menurut Armizan, mesyuarat berkenaan akan melibatkan perbincangan di peringkat pegawai diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Seri Safar Utong.

Beliau berkata, rundingan tersebut akan diadakan di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.

“Mesyuarat (Jemaah Menteri) hari ini diputuskan bahawa sesegera mungkin perbincangan diadakan dengan Kerajaan Sabah di peringkat pegawai kerana kita tahu sekarang di Sabah Ketua Menteri caretaker.

“Jadi dimulakan segera proses perbincangan di antara pegawai di mana mesyuarat pertama akan diadakan pada hari Isnin depan.

“Ini menunjukkan keseriusan Kerajaan Persekutuan untuk kita melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang terkait bahawa Kerajaan Persekutuan perlu menunaikan tanggungjawab iaitu 40 peratus hak Sabah bagi penentuan kadar pemberian khas tersebut,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Baca artikel lain: AGC telah fail rayuan kekhilafan alasan penghakiman, tak terkait isu 40 peratus hasil Sabah

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, Jemaah Menteri pada mesyuarat hari ini bersetuju secara prinsip untuk membuat pertukaran wakil Sabah dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, dalam hal itu, Armizan telah dilantik bagi menggantikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bagi mewakili Sabah dalam jawatankuasa berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri berkata, status Kerajaan Negeri Sabah sebagai caretaker atau kerajaan sementara ketika ini tidak menghalang rundingan mengenai pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil diperoleh dari wilayah itu diadakan bersama Kerajaan Persekutuan.

Justeru, Anwar berkata, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican sudah mengutus surat kepada Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Seri Safar Utong bagi tujuan itu, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata rundingan berkenaan akan dibuat bagi perihal teknikal dan perkara berbangkit, sementara menunggu pembentukan kerajaan negeri yang baharu seusai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perluas peranan Petronas di Turkmenistan kukuh kedudukan Malaysia

KEJAYAAN memperluas peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam sektor tenaga di Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar...

More Articles Like This