Lelaki maut tercampak dalam longkang dua meter di Butterworth

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter di Jalan Siram, Butterworth, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis memaklumkan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, mangsa yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 4.06 pagi itu dikenali sebagai R Kishore Kumar, 36.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi pada jam 4.15 pagi, pasukan mendapati terdapat satu motosikal jenis Honda RS150 dipercayai terbabas ke bahu jalan.

Baca artikel lain: Lelaki warga Indonesia maut, tiga cedera Toyota Hilux dirempuh treler di Bintulu

“Mangsa lelaki ditemui tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, John Sagun berkata, kerja-kerja menyelamat dijalankan oleh pasukan operasi lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.44 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.55 pagi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan 1 kritikal, terjatuh dari bangunan sekolah

SEORANG pelajar Tingkatan 1 dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Ipoh,...

More Articles Like This