Hasil laut Langkawi tidak tercemar, bot karam di perairan antarabangsa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HASIL laut di Langkawi disahkan tidak tercemar dan selamat dimakan oleh orang awam tanpa menjejaskan kesihatan.

Ia susulan penyebaran dakwaan tidak benar mengenai keselamatan makanan laut di Langkawi selepas insiden bot karam baru-baru ini.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Amar Pared Mahamud menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan kenyataan tidak benar sekali gus menjejaskan nasib nelayan di Langkawi.

Menurut Amar Pared, lokasi bot karam itu berada di luar pesisir dan di perairan antarabangsa Malaysia-Thailand.

Kata beliau, kawasan itu berada jauh daripada lokasi tangkapan nelayan tempatan.

“Pemantauan oleh agensi berkaitan juga mengesahkan tiada pencemaran atau risiko kesihatan kepada pengguna.

“Hasil laut Langkawi kekal segar dan berkualiti. Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih.

“Tak perlu sebar kenyataan tidak benar yang hanya akan menjejaskan nasib para nelayan kita di Langkawi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Bot bawa PATI karam di Langkawi: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini

Mengulas lanjut, Amar Pared memaklumkan beliau telah mengadakan sesi perjumpaan bersama nelayan di Kampung Sungai Menghulu, Langkawi bagi mendengar sendiri kebimbangan berhubung penyebaran dakwaan tidak benar itu.

Dalam pertemuan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan jala baharu keapda nelayan sebagai sokongan kepada kelangsungan operasi mereka.

“Para nelayan telah memaklumkan bahawa pendapatan mereka merosot dengan ketara akibat cerita tidak tepat yang mendakwa hasil laut Langkawi telah tercemar,” katanya.

Tragedi bot karam membawa kira-kira 70 etnik Rohingya yang dipercayai dalam perjalanan meloloskan diri ke negara ini dekat perairan Langkawi itu mengorbankan 29 mangsa sementara 14 lagi terselamat.

Kira-kira 10 mayat ditemukan di perairan Thailand oleh pihak berkuasa negara jiran itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This