Mayat mangsa hanyut dicam melalui tatu di tangan – Polis

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAYAT lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma pada Ahad lalu ditemui di kawasan Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui kira-kira pukul 10.30 pagi tadi di kawasan perangkap sampah.

“Hasil pemeriksaan yang telah dibuat ke atas mayat, kita dapat sahkan mayat ini adalah mangsa yang telah dihanyutkan di Sungai Klang seperti yang dilaporkan.

“Pengesahan kita dapat buat melalui tatu yang ada di tangan mangsa yang tertulis nama mangsa sendiri selain pengecaman secara fizikal oleh ahli keluarga mangsa.

“Keadaan mayat setelah lima hari sudah membusuk dan mayat telah kita bawa ke Hospital Shah Alam untuk tujuan post mortem,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Baca artikel lain: Warga Nepal berpakaian separuh bogel dipenjara

Ahad lalu, dilaporkan seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, pukul 5.40 petang.

Dilaporkan ketika kejadian, terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan yang mana 12 daripada mereka berjaya diselamatkan.

Pekerja berkenaan terdiri daripada tujuh warga Indonesia, Bangladesh (empat) dan seorang warga tempatan.

Susulan itu, lebih 200 anggota daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Rabu lalu, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero milik mangsa dijumpai kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This