Amirudin beri bayangan Nurul Izzah bakal jadi Menteri Besar Selangor

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DATUK Seri Amirudin Shari memberi bayangan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal dilantik menjadi Menteri Besar wanita pertama dalam sejarah.

Amirudin dalam audio siar ‘Keluar Sekejap’ berkata, beliau mengakui telah mencadangkan Nurul Izzah untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Amirudin, cadangan itu pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepada anak Perdana Menteri itu untuk menerima atau sebaliknya.

 “Saya boleh katakan itu mungkin satu formula yang baik untuk letakkan Puan Nurul Izzah supaya tidak ada persepsi ataupun stigma berkenaan dengan nepotisme dan sebagainya. 

“Secara jujurnya, saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri, terpulang kepada beliau untuk ambil cadangan itu atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Khairy Jamaluddin mengenai sama ada terdapat kemungkinan untuk Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya akan datang, sekali gus diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. 

Untuk rekod, pada 2014, ibu kepada Nurul Izzah, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hampir menjadi Menteri Besar Selangor untuk menggantikan Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menyatakan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan.

“Kalau tanya saya adakah sudah bersedia? Ya saya sudah mempertimbangkan untuk ke Persekutuan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This