Banjir di lima negeri memburuk, 8,895 mangsa dipindahkan

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir membabitkan lima negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang terus meningkat kepada 8,895 orang membabitkan 3,162 keluarga.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), semua mangsa ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan 31 daripadanya diaktifkan di Kelantan.

“Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 7,695 orang dariapda 2,810 keluarga.

“Sebanyak 31 PPS dibuka melibatkan empat daerah,” jelas NADMA dalam kenyataan mengikut catatan setakat pukul 8 malam ini.

NADMA menambah, empat daerah itu membabitkan Tumpat dengan 4,221 mangsa diikuti Kota Bharu (1,941 mangsa); Bachok (1,416 mangsa) dan Pasir Puteh (117 mangsa).

Di Kedah, seramai 404 mangsa daripada 122 keluarga kini ditempatkan di tiga PPS manakala di Terengganu, 361 mangsa ditempatkan di dua PPS.

Begitu juga di Perlis membabitkan 307 mangsa di dua PPS manakala Pulau Pinang dengan 128 mangsa di dua PPS.

Dalam pada itu NADMA memaklumkan, trend bilangan mangsa meningkat ketara iaitu daripada 862 mangsa dicatatkan semalam kepada 8.895 mangsa hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat dalam bagasi: Badan tidak dipotong, mangsa maut akibat tetakan di kepala

MAYAT seorang wanita yang ditemukan dalam bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang disahkan meninggal dunia...

More Articles Like This