SEORANG lelaki maut manakala adiknya cedera selepas kereta jenis Honda Civic dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 182.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Jasin, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi dengan Honda Civic itu dalam perjalanan dari arah Johor menghala ke Melaka.
Menurut Robert, kereta berkenaan dipandu adik lelaki mangsa berusia 20 tahun.
Beliau berkata, mangsa yang maut pula disahkan lelaki tempatan berusia 22 tahun.
“Setibanya di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai telah terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan dan terbalik di sebelah kiri.
Baca artikel lain: Dua maut, Yamaha 135LC langgar belakang lori sebelum dirempuh dua motosikal lain
“Akibat kejadian itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Robert memberitahu, adik mangsa yang juga pemandu Honda Civic itu turut mengalami kecederaan pada bahagian badan dan tangan.
Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

