Bomba KL terima 4 laporan tanah runtuh, 3 pokok tumbang

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

EMPAT kejadian tanah runtuh dan tiga pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar ibu negara hari ini susulan daripada situasi hujan yang bermula awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya dan Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah berada di lokasi kejadian untuk kerja-kerja pemantauan serta penyelamatan.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima beberapa panggilan kecemasan melibatkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di sekitar Kuala Lumpur susulan hujan lebat berpanjangan.

“Pasukan bomba masih berada di lokasi yang memerlukan pemantauan dan sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan yang memerlukan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lokasi kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang adalah seperti berikut:

1.Pokok Tumbang (BBP Pantai & BBP Jln Hang Tuah Jam 09:24 am) Jalan Ang Seng 4, Brickfields, Kuala Lumpur

2.Tanah Runtuh (BBP Seputeh Jam 11:02 am) Blok C Pangsapuri Kos Rendah Jln. Sepadu 6, Taman United, Kuala Lumpur

3.Pokok Tumbang (BBP Jaln Tun Razak Jam 11:10 am) No. 22, Jalan Langgak Golf, Taman U Thant, Kuala Lumpur

4.Tanah Runtuh (BBP Pantai Jam 11:20 am) No. 30, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur

5.Tanah Runtuh (BBP Pantai Jam 15:24 pm) 59, Jalan Medang Tanduk Bukit Bandaraya – Bangsar, Kuala Lumpur

6.Tanah Runtuh (BBP Sri Petaling Jam 16:32 pm) Flat Sri Lempah, Lorong Jugra – Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

7.Pokok Tumbang (BBP Sri Hartamas Jam 17:45 pm) Jalan Kiara 5 – Desa Kiaramas – Kuala Lumpur.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This