Dua pelajar tolak motosikal polis hingga terjatuh dikenakan tiga saman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA orang pelajar sekolah yang bertindak menolak motosikal polis sehingga terjatuh di Jalan Selama, Kuala Dingin, Bandar Baharu, baru-baru ini telah dikenakan tindakan saman.

Kejadian tersebut yang tular di media sosial, baru-baru ini memaparkan pelajar tersebut bertindak menolak motosikal anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) hingga terjatuh.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Superintendan Syamsul Siring memaklumkan, sebanyak tiga saman telah dikeluarkan terhadap pelajar terbabit atas kesalahan tiada lesen memandu, tidak memakai topi keledar dan cukai jalan motosikal yang telah tamat tempoh.

Menurut Syamsul, kedua-dua pelajar telah telah dipanggil untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu bersama dengan waris masing-masing.

“Nasihat telah diberikan agar tidak mengulangi kesilapan dan usaha ini juga menunjukkan pihak IPD Bandar Baharu telah memberikan didikan dan kefahaman kepada pelajar serta ibu bapa agar tidak melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Mereka juga telah dinasihatkan supaya menjadi individu yang menghormati penjawat awam yang sedang menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Pemandu pikap polis rempuh penunggang motosikal hingga maut di Kangar ditahan

Syamsul memberitahu, pihaknya telah mengesan video tular berdurasi 34 saat di TikTok membabitkan dua anggota URB Balai Polis Serdang yang ketika itu menjalankan tugas di lokasi.

Kejadian dipercayai berlaku 20 November lalu kira-kira jam 2 petang yang mana anggota URB terbabit sampai di lokasi kejadian dan mendapati sekumpulan pelajar sekolah sedang berkumpul bersama motosikal di tengah jalan dan ada antara mereka tidak memakai topi keledar.

“Kehadiran polis menyebabkan kumpulan pelajar itu melarikan diri namun sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 hitam merah yang dinaiki dua pelajar gagal dihidupkan ketika itu.

“Anggota URB terbabit cuba menahan untuk melakukan pemeriksaan terhadap pelajar dan motosikal berkenaan tetapi pelajar terbabit menolak salah sebuah motosikal URB menyebabkan terjatuh dan anggota terbabit turut jatuh,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kos PRN bukan untuk ‘dibahagi’ kepada rakyat, kata Reezal Merican

DAKWAAN bahawa kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diagihkan terus kepada rakyat disifatkan sebagai kenyataan populis yang...

More Articles Like This