(RASMI) PRN Sabah: Strategi letak Jamawi buahkan hasil, PH rampas kerusi DUN Melalap

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

STRATEGI Pakatan Harapan (PH) meletakkan ‘calon luar’ iaitu Datuk Jamawi Jaafar di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap membuahkan hasil.

Ia selepas Jamawi berjaya merampas kerusi DUN tersebut daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Beliau yang juga bekas ADUN Kemabong memperoleh 5,064 undi dengan majoriti tipis 525 undi.

Kerusi DUN Melalap menyaksikan pertembungan lapan kerusi.

Baca artikel lain: (RASMI) PRN Sabah: Masidi Manjun pertahan kerusi DUN Karanaan

Jamawi menewaskan pencabar terdekat iaitu Pemangku Presiden Parti KDM, Priscella Peter yang memperoleh 4,539 undi.

Dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020, kerusi DUN Melalap dimenangi bapa Priscella Peter iaitu Datuk Peter Anthony.

Peter menang kerusi berkenaan atas tiket Parti Warisan (Warisan) dengan majoriti 1,719 undi.

Peter menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas permohonan semakan beliau terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditolak pada Ogos lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This