CALON Pakatan Harapan (PH), Datuk Yamani Hafez Musa gagal dalam cubaan untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin daripada Parti Warisan.
Ia selepas calon Parti Warisan, Yusri Pungut menang dengan majoriti kecil 362 undi.
Yamani Hafez yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan II hanya memperoleh 4,724 undi.
Kerusi DUN Sindumin sebelum ini dimenangi Yusof Yacob yang mewakili Parti Warisan dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020.
Baca artikel lain: (RASMI) PRN Sabah: Strategi letak Jamawi buahkan hasil, PH rampas kerusi DUN Melalap
Beliau kemudiannya menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) iaitu salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kerusi DUN Sindumin menyaksikan pertembungan 10 penjuru.
Selain Hafez Yamani dan Yusri, kerusi tersebut turut ditandingi calon Parti Impian Sabah (PIS), Markus Buas; Kanafia Bujang mewakili Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Moktar Matussin dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Dayang Nor Syafiqah Abdul Hamid; Sani Miasin dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di samping tiga calon Bebas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

