(TIDAK RASMI) PRN Sabah: Warisan dahului di lima kerusi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KIRAAN undi awal dan undi pos setakat ini menyaksikan Warisan sedang mendahului di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Setakat pukul 6.30 petang tadi, Warisan menerajui di lima kerusi iaitu DUN Tanjung Aru, Luyang, Elopura, Tanjong Papat dan Sri Tanjong.

Di Tanjung Aru, calon Warisan iaitu Wong Hong Jun memperoleh 333 undi mengatasi Ahli Parlimen Kota Kinabalu mewakili Pakatan Harapan (PH), Chan Foong Hin yang menerima 146 undi setakat ini.

Undian bagi tujuh calon lain pula masih tidak melebihi dua angka.

Seramai 21,264 pengundi berdaftar bagi kerusi DUN Tanjung Aru.

Sementara itu, Samuel Wong mewakili Warisan bagi kerusi DUN Luyang pula sedang mendahului calon-calon lain dalam pertandingan lima penjuru.

Buat masa ini, Samuel Wong mendapat 447 undi meninggalkan calon SAPP, Gee Tien Siong yang menerima 144 dan calon PH, Chan Loong Wei setakat ini memperoleh 117 undi.

Baca artikel lain: PRN Sabah: Semua pusat mengundi ditutup secara rasmi tepat 5.30 petang

Penyandang kerusi DUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun pula dalam laluan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020.

Beliau ketika ini memperoleh 1,392 undi meninggalkan calon PH yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee di tempat kedua dengan 936 undi.

Seorang lagi penyandang kerusi mewakili Warisan iaitu Justin Wong Yung Bin di kerusi DUN Sri Tanjong turut selesa mendahului pesaing terdekatnya mewakili PH.

Justin ketika ini memperoleh 2,772 undi meninggalkan Phillip Yap yang mendapat 1,719 undi.

Dalam pada itu, calon Warisan di DUN Tanjong Papat, Alex Thien juga memperoleh undi tertinggi setakat ini dengan 685 undi.

Beliau meninggalkan calon PH, Tang Szu Ching yang mendapat 483 undi dan penyandang kerusi ini iaitu Frankie Poon Ming Fun mewakili KDM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This