(RASMI) PRN Sabah: GRS kuasai 10 kerusi setakat pukul 11.30 malam tadi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disahkan berjaya memperoleh 10 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat pukul 11.30 malam tadi.

Perkara itu disahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ramlan, Parti Warisan mengikuti rapat dengan enam kerusi manakala Barisan Nasional (BN) disahkan berjaya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Baca artikel lain: (RASMI) PRN Sabah: Anak Musa Aman menang selesa di DUN Sungai Manila

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing memenangi satu kerusi.

“SPR sedang menunggu keputusan-keputusan yang akan diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya (RO) bagi 52 bahagian PRN di seluruh Sabah.

“Keputusan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This