Al-Sultan Abdullah titah jangan ada kegiatan songsang di Pahang

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri Pahang.

Baginda mengakui terkejut terhadap perkara berkenaan dan berharap agar sebarang kegiatan seumpamanya dihentikan.

“Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini. Saya harap ini tidak berlaku di Pahang,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan majlis perbandaran serta daerah memantau kegiatan seumpama ini dan menegaskan tindakan sewajarnya perlu diambil jika terdapat pihak terlibat atau menyediakan ruang untuk kegiatan berkenaan.

“Kalau ada pun tempat-tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini (spa) dapat dipantau dengan lebih rapi supaya tidak ada kegiatan-kegiatan songsang ini berlaku di negeri Pahang,” titah baginda.

Baca artikel lain: Polis kenal pasti individu sebabkan kematian Syamsul Haris

Sebelum ini, seramai 201 lelaki yang juga pengunjung sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang.

Mereka berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi mengejut membabitkan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Daripada 201 yang ditahan, 17 daripada mereka adalah penjawat awam membabitkan doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai agensi penguatkuasaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar, berkata risikan dan pemantauan ke atas premis dua tingkat ini telah dijalankan sejak dua minggu lalu berdasarkan maklumat awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This