BEKAS Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan rasuah.
Kedua-dua mereka tiba pada pukul 8.05 pagi tadi diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa digari.
Shamsul Iskandar, 50, memakai baju batik berwarna hijau manakala Albert berbaju T berkolar warna biru turquoise.
Kes melibatkan kedua-dua mereka disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada pukul 9 pagi ini.
Baca artikel lain: Shamsul Iskandar, Tei akan didakwa esok – Azam

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada sidang media berkata, kedua-dua individu itu bakal berdepan lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan satu lagi pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat.
Beliau berkata, pertuduhan membabitkan Seksyen 17(a) Akta SPRM bagi kesalahan menerima suapan dan Seksyen 17(b) bagi kesalahan memberi suapan, manakala siasatan terhadap kedua-duanya dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Shamsul Iskandar dan Albert direman enam hari bermula 29 November lalu, selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk melengkapkan siasatan.
Kes itu berkaitan dakwaan bahawa Albert memberi rasuah kepada Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula sejumlah dana yang dikatakan telah diagih kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

