Fahmi tempelak dakwaan salah Ahmad Fadhli

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menempelak dakwaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa berlaku campur tangan Kabinet dalam urusan Dewan Rakyat sehingga melanggar kuasa dewan.

Katanya, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menjelaskan perkara tersebut.

“Sangat jelas melalui kenyataan menteri bahawa usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara ini dirujuk secara rasmi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Ini menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri akan bertindak sepenuhnya berlandaskan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu Ahmad Fadhli mendakwa, kenyataan Azalina mengenai Jemaah Menteri sudah membuat keputusan supaya Ahli Parlimen Kota Bharu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menimbulkan kebimbangan serius tentang campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif.

Menurut pemimpin Pas itu, tatacara dan disiplin ahli dewan adalah bidang kuasa eksklusif Dewan Rakyat sendiri bukan Kabinet.

Fahmi menambah, tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Fadhli adalah sangkaan jahat yang tersasar daripada fakta sebenar.

“Seeloknya YB Fadhli membaca dan menghayati kenyataan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu.

“Tambahan pula, bukankah Takiyuddin sendiri menyatakan kesediaan untuk perkara ini dirujuk ke jawatankuasa berkenaan?” soalnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This