Etika pakaian: Kelonggaran bagi kes kecemasan dan di luar norma biasa – KSN

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN memberikan kelonggaran dalam etika berpakaian bagi kes kecemasan dan di luar norma biasa dalam usaha memastikan hak pelanggan mendapat perkhidmatan segera tidak dinafikan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, kelonggaran itu melibatkan perkhidmatan barisan hadapan seperti anggota keselamatan, kesihatan dan lain-lain perkhidmatan yang berhubung terus dengan pelanggan.

“Urusan kecemasan dan di luar norma biasa adalah seperti laporan kemalangan, laporan kebakaran dan urusan perihal bencana yang boleh mengancam nyawa dan harta benda,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Panduan kod etika berpakaian ketika berurusan di kaunter atau pejabat kerajaan digariskan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2025: Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam.

Baca artikel lain: JPJ Melaka siasat bas merah jambu, Axia didakwa lakukan aksi pemanduan berbahaya

Ia telah berkuat kuasa pada 20 Januari 2025 yang menetapkan berpakaian sopan dan bersesuaian selaras dengan Rukun Negara ke lima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Shamsul Azri berkata, bagi urusan biasa perkhidmatan kaunter dan pejabat kerajaan, ketua jabatan boleh menggunakan budi bicara untuk menentukan etika berpakaian berlandaskan garis panduan yang berkuat kuasa.

“Perkhidmatan awam akan terus menambah baik perihal perhubungan pelanggan bagi memastikan akses dan penyampaian perkhidmatan perhubungan pelanggan yang mesra, cekap dan responsif,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perkukuh keyakinan rakyat: ATM laksanakan pelan PTPR

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah (PTPR) ATM 2026-2030 bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi...

More Articles Like This