SEORANG pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian telah direhatkan serta-merta susulan dakwaan salah laku dilakukan individu tersebut.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan, pegawai tersebut direhatkan bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku itu dimulakan segera.
Pada masa sama, beliau menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku melibatkan pegawai awam.
“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian.
Baca artikel lain: Pemimpin, penjawat awam, penggiat media disaran hormati bahasa kebangsaan – PENA
“Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Shamsul Azri menegaskan, tindakan tatatertib akan diambil sekiranya pegawai berkenaan didapati bersalah.
Katanya, ia selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

