KETUA Setiausaha Negara (KSN) akan meneliti cadangan Kabinet berhubung pengecualian kod etika pakaian bagi perkhidmatan barisan hadapan seperti fasiliti kesihatan dan keselamatan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Kabinet mencadangkan beberapa perkhidmatan termasuk balai polis dan premis kerajaan diberi pengecualian daripada Surat Pekeliling KSN bertarikh 1 Disember 2020.
“KSN akan meneliti pekeliling tersebut dan membuat beberapa penambahbaikan susulan kepada keputusan Jemaah Menteri pada hari ini agar beberapa perkhidmatan yang dianggap barisan hadapan…diberi pengecualian.
“Kita boleh jangkakan kenyataan dan pekeliling baru akan dikeluarkan dalam masa yang tidak terlalu lama,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Baca artikel lain: Belum ada penyelesaian tuntas berhubung konflik Thailand, Kemboja – PM
Semalam, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, seorang wanita tidak dibenarkan memasuki pekarangan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) pada Isnin lalu kerana melanggar etika berpakaian yang ditetapkan di premis kerajaan.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu datang bersama ibunya untuk membuat laporan kemalangan jalan raya namun tidak dibenarkan masuk kerana skirt yang dipakai lebih pendek daripada paras lutut.
Walau bagaimanapun, Fahmi menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan tiada halangan patut dikenakan terhadap individu yang ingin membuat laporan polis dalam situasi keselamatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

