PERIKATAN Nasional (PN) membuat keputusan tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilapor Sinar Harian Online, hari ini.
Menurut Tuan Ibrahim, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN, semalam.
“Semalam kita mengadakan mesyuarat PN, saya hadir dan kita telah membuat keputusan untuk tidak menghantar calon bagi PRK berkenaan.
“Bagaimanapun, kita akan terus memantau perkembangan PRK dan calon yang akan bertanding,” katanya.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan satu mesyuarat khas akan diadakan pada Selasa, 16 Disember bagi membincangkan tarikh penting PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Baca artikel lain: SPR bermesyuarat Selasa depan bincang urusan PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
Ia susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag ekoran pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, awal pagi Jumaat lalu.
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Kinabatangan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, semalam.
Pada masa sama, katanya, SPR juga telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yaha mengenai kekosongan kerusi DUN Lamag.
Bung Moktar disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada pukul 1.46 pagi, Jumaat lalu.
Pada PRN Sabah ke-17 baru-baru ini, beliau mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam pertandingan enam penjuru.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

