Fahmi dikurnia Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-80, hari ini.

Fahmi adalah antara 98 individu yang menerima darjah dan bintang kebesaran dalam istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail turut dikurniakan darjah kebesaran sama.

Darjah kebesaran itu membawa gelaran Dato’ bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Seramai 16 individu dikurniakan DPMS.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat bagi mengurniakan darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena hari keputeraan baginda.

Anakanda sulung baginda, Tengku Zerafina Sultan Sharafuddin Idris Shah mendahului senarai 98 penerima darjah dan pingat kebesaran itu.

Baca artikel lain: Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Tengku Zerafina menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Selangor, Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati iaitu Darjah Kerabat Kedua (DK II).

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengasas yang juga Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling.

Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) kepada bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mazlan Mansor yang kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); Pengarah Eksekutif, YTL Corporation Berhad, Datuk Mark Yeoh Seok Kah dan Perunding Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Subang Jaya, Datuk Dr Anuar Onah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail antara 17 penerima Darjah Kebesaran Datuk – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima lain antaranya Orang Besar Istana, Tengku Seri Perkasa Diraja Tengku Musahiddin Shah; Imam Masjid Istana Diraja Klang, Mohd Rasid Mahful; Juruiring Polis Kepada Sultan Selangor, Superintendan Ahmad Rohisham Ahmad dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK), K Subramaniam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This