Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-80 baginda yang disambut hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut mendoakan Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh kerabat diraja terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.

“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

Baca artikel lain: ‘Saya faham orang marah’, Anwar tak kecil hati rungutan rakyat Sabah

“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Tuanku Sultan, Tengku Permaisuri dan seluruh Kerabat Diraja terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta kekal qarar memayungi rakyat negeri Selangor,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 98 individu sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-80, hari ini.

Daripada jumlah berkenaan, 38 individu menerima darjah dan bintang kebesaran membawa gelaran, dengan dua menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS), tiga menerima Darjah Kebesaran Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS), 16 menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan 17 menerima Darjah Kebesaran Dato’ – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This