Lelaki ditemukan maut kebakaran kondominium di Mont Kiara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditemukan maut di balkoni sebuah unit kondominium dalam kebakaran di tingkat 26, Tiffani Kiara, Mont Kiara, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 berhubung kejadian tersebut.

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas bersama BBP Manjalara; BBP Sentul dan BBP Taman Tun Dr Ismail telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, setibanya di lokasi kejadian, pasukan mendapati sebuah unit kediaman di tingkat 26 sedang terbakar.

“Operasi pemadaman dan penyelamatan dilaksanakan segera namun menghadapi kesukaran ekoran sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik.

“Pasukan terpaksa menggunakan dua pam angkut serta pam jentera bagi menyalurkan air ke unit terlibat.

Baca artikel lain: Banglo terbakar ragut nyawa lelaki terlantar, bapa pula maut sesak nafas

“Pasukan penyelamat menemukan seorang mangsa lelaki di balkoni dengan tahap melecur 100 peratus dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran membabitkan keluasan sekitar 1,500 kaki persegi dengan kemusnahan 100 peratus.

Katanya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.03 pagi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan unit forensik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This