TUJUH individu termasuk seorang penjaga tol berdepan detik cemas selepas sebuah treler merempuh pondok tol dan melanggar dua lagi kenderaan di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Shah Alam, malam tadi.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan kehilangan jiwa dengan kesemua mangsa termasuk penjaga tol itu tidak sebarang mengalami kecederaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan, satu panggilan kecemasan telah diterima berhubung kejadian itu pada pukul 9.17 malam tadi.
Baca artikel lain: Lelaki ditemukan maut kebakaran kondominium di Mont Kiara
Menurut beliau, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam itu bergegas ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.
“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 9.28 malam, pasukan mendapati kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan.
“Sebuah treler didapati telah merempuh pondok tol dan melanggar dua buah kereta iaitu Perodua Bezza serta Proton Wira,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

