LANGKAH proaktif akan diambil dalam memperkukuhkan sistem kesiapsiagaan dan amaran awal bagi menghadapi sebarang risiko gelombang kedua banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun cuaca sukar dijangka secara tepat, keutamaan kini adalah memindahkan penduduk lebih awal, khususnya mereka di kawasan berisiko tinggi.
“Kita tidak dapat menjangkakan dengan tepat, tetapi gelombang ini dijangka berlaku di Pantai Timur dan adalah gelombang kedua yang akan membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan juga Sarawak.
“…yang penting ialah sistem yang telah diwujudkan dari segi kesiapsiagaan dan amaran awal, bagi memastikan pemindahan penduduk dapat dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kehilangan nyawa, kerosakan dokumen dan menyediakan persiapan secukupnya di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya seperti dilapor Bernama.
Beliau ditemui media selepas lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), semalam.
Baca artikel lain: Belasah kumpulan remaja guna topi keledar, lelaki ditahan
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan menangani pertikaian berhubung isu premium tanah antara FELDA dan kerajaan Terengganu secara berhemah demi kepentingan serta kebajikan peneroka.
Katanya, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan melalui FELDA dan FGV dengan kerajaan negeri akan terus diperkukuh bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap sebarang isu berbangkit.
“Tiada perkara yang tidak boleh dirundingkan dan keutamaan kita adalah kepentingan dan kebajikan para peneroka,” katanya lagi.
Media melaporkan kerajaan Terengganu bersetuju untuk melanjutkan tempoh remedi selama sebulan hingga 7 Januari depan, susulan perkembangan positif rundingan dengan FELDA berhubung isu terbabit.
Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Zulkifli Ali dilaporkan berkata, selepas notis kesalahan bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) disampaikan, kerajaan negeri telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan pengurusan tertinggi FELDA bagi mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu berbangkit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

