Tak adil beri gambaran negatif kepada PDRM – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegas adalah tidak adil sekiranya wujud persepsi negatif terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada ketika pasuakn itu bertindak cemerlang dalam banyak tugasan.

Beliau mengakui pasukan berkenaan ada kelemahan namun mereka sudah membuktikan secara integriti melalui nilai rampasan sitaan hampir RM4 bilion yang diperoleh pada tahun ini.

“Tentunya ada beberapa kelemahan yang tidak boleh kita nafikan tetapi untuk kita memberi gambaran yang negatif saya tidak fikir adil ini terutama terhadap PDRM.

“PDRM dalam semua tindakan telah menunjukkan keupayaan mereka melalui proses integriti dengan memperolehi jumlah yang besar untuk negara.

Baca artikel lain: Pelaksanaan ONSA tepat pada waktu, platform media perlu lebih bertanggungjawab – MCMC

“Maknanya tindakan mereka terhadap penjenayah, penyeludup yang melibatkan tindakan (yang sudah diambil) tetapi persepsi itu berbeza,” katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau pada masa sama menegaskan, akan mengambil tindakan sewajarnya kenapa anggota polis yang melakukan ketelanjuran dalam tugasan mereka.

“Saya ingin jelaskan sekiranya ada kes-kes di mana ada ketelanjuran tindakan oleh polis, siasatan rapi tetap dilakukan. Saya bagi contoh terkini kes kematian tiga penjenayah tegar di Melaka.

“Saya dapat jaminan dari Ketua Polis Negara dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah bahawa siasatan rapi dan telus tidak ada tolak ansur.

“Dan laporan telah mereka kemukakan kepada Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This