LELAKI yang menikam mati nenek dan menetak moyangnya sehingga parah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil semalam dipercayai mengamuk sebelum menyerang menggunakan senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, suspek dibawa oleh orang awam ke balai polis berhampiran sebelum ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini untuk permohonan reman.
“Suspek adalah cucu kepada mangsa berusia 65 tahun yang meninggal dunia manakala mangsa yang cedera pula berusia 80 tahun adalah ibu kepada si mati.
Baca artikel lain: Pesuruhjaya Kanak-Kanak sambut baik inisiatif MCMC, setuju platform digital perlu lebih bertanggungjawab lindungi kanak-kanak
“Suspek adalah seorang orang kurang upaya (OKU) intelektual disyaki mengamuk dan menyerang si mati dan mangsa dengan senjata tajam,” katanya dalam kenyataan.
Brandon berkata, senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu sudah ditemui.
Jelasnya, siasatan mendapati, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mengaku melakukan perbuatan tersebut di tempat kejadian.
Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai yang memiliki maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

